Skip to main content

This War of Mine merupakan permainan ketahanan hidup yang dibangunkan oleh 11 bit studios dan dikeluarkan pertama kali pada tahun 2014 untuk PC sebelum turut dikeluarkan platform lain pada tahun-tahun yang berikutnya.

Minggu ini, mereka mengumumkan yang permainan tersebut setakat ini sudah terjual sebanyak 4.5 juta unit tetapi tidak menyatakan pecahan mengikut platform.

Jumlah tersebut adalah satu kejayaan yang baik, terutama ia dilaporkan sebelum ini telah mendapat kembali kos pembangunan selepas 2 hari permainan itu dikeluarkan. Ia adalah satu permainan yang baik dan berjiwa, ia adalah satu kejayaan yang selayaknya.

Leave a Reply