Lanjutan daripada pengumuman permainan Everybody’s Golf VR akan dilancarkan 21 Mei ini, Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan bahawa permainan kini sudah boleh dipra-tempah.
Everybody’s Golf VR merupakan permainan realiti-maya sukan golf berdasarkan Everybody’s Golf. Melalui versi realiti-maya ini, pemain berupaya untuk bermain permainan ini secara realiti-maya dengan menggunakan set kepala Playstation VR. Menariknya, permainan ini juga akan menyokong alat kawalan Playstation Move.

Bersempena dengan pengumuman ini, Sony juga menyatakan buat mereka yang membuat pembelian awal permainan sebelum 4 Jun 2019 ini, mereka akan menyertakan kedi khas, Steve. Namun watak tersebut juga boleh dibeli secara berasingan bermula 5 Jun.
Manakala bagi edisi Deluxe permainan ini pula akan menyertakan kedi Gloria bersama dua kostum berbeza iaitu kostum Gothic dan kostum sekolah. Sony juga akan menyertakan tema khas Playstation 4 buat mereka yang membuat pra-tempahan permainan ini.
Everybody’s Golf VR akan dilancarkan pada 21 Mei secara ekslusif di Playstation VR. Ianya akan dijual bermula harga RM129 untuk edisi digital dan fizikal. Manakala edisi Deluxe pula akan dijual dengan harga RM169. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan permainan ini, anda boleh ke pautan di bawah untuk membuat pra-tempahan.
[info] Pra-Tempah: Everybody’s Golf VR [/info]