Skip to main content

Rise of Shadows merupakan penambahan yang baharu akan tiba untuk permainan kad Blizzard Hearthstone. Penambahan tersebut juga menandakan bermulanya tahun baharu untuk Hearthstone iaitu Year of the Dragon. Penambahan tersebut dan tahun baharu akan bermula pada 9 April 2019.

Hari ini, Blizzard akhirnya berkongsi kesemua 135 kad yang akan disertakan di dalam penambahan tersebut. Selain meletakkan pelbagai kad baharu, penambahan ini juga memperkenalkan kebolehan baharu iaitu ‘Twinspell’ yang akan memberikan pemain salinan kad untuk spell yang digunakan. Untuk melihat senarai kad anda boleh layari laman Hearthstone.

Jika anda berminat untuk membeli berkas pek penambahan ini, ia ditawarkan sehingga 9 April ini dengan harga $49.99 (RM203) untuk 50 pek bersama dengan hiasan kad dan satu kad Legendary secara rawak dan $79.99 (RM326) untuk 80 pek selain mendapat hiasan kad, satu Golden Legendary secara rawak, dan juga pilihan Priest Hero baharu.

Bermulanya Year of the Dragon juga menandakan penambahan-penambahan yang dikeluarkan pada Year of Mammoth (2017) tidak lagi boleh digunakan di mod Standard. Penambahan yang terkesan adalah Journey to Un’Goro, Knights of the Frozen Throne dan Kobolds and Catacombs.

Manakala penambahan daripada tahun lepas iaitu The Witchwood, The Boomsday Project dan Rastakhan’s Rumble boleh terus digunakan bersama dengan 3 penambahan yang akan dikeluarkan sepanjang tahun ini iaitu bermula dengan Rise of Shadows.

Selain itu, 9 kad juga akan dijadikan sebagai Hall of Fame iaitu kad yang dikeluarkan daripada mod Standard. Jika sebelum ini ia hanya dikhusukan untuk kad di dalam koleksi klasik akan tetapi untuk tahun ini 6 kad daripada penambahan The Witchwood yang sepatutnya dikeluarkan pada tahun hadapan juga dimasukkan ke dalam Hall of Fame. Ia menandakan Blizzard ingin mengubah meta permainan ini dengan secara menerus.

Bagi yang setia bermain Heartstone apa pendapat anda mengenai penambahan baharu serta kad-kad yang dikeluarkan daripada mod Standard adakah ia akan menjadikan Heartstone kembali menyeronokkan?

Leave a Reply