Toei dan Square-Enix hari ini akhirnya mempertontonkan video acah pertama buat filem Dragon Quest: Your Story di mana ianya adalah filem animasi 3D berdasarkan permainan Dragon Quest V: Hand Of The Heavenly Bride.

Tidak banyak informasi lain yang dikongsikan, namun berdasarkan video acah yang dikongsikan, tampaknya filem ini tidak akan menyertakan watak protagonis yang senyap dan akan mempunyai pelbagai aksi yang sangat menarik.

Tambahan itu, memandangkan filem ini akan berdasarkan permainan Dragon Quest V ianya pasti akan menarik minat buat mereka yang pernah bermain permainan tersebut di Nintendo DS ataupun SNES sebelum ini.

Buat masa ini, ianya dijadualkan untuk ditayangkan pada 2 Ogos ini di Jepun. Dari segi tayangan global, Square-Enix dan Toei tidak mengumumkan sebarang informasi berkenaannya.

Sohor Kini