Skip to main content

Ketika kami mengulas permainan Battlefield V tahun lepas, kandungan dan sistem mikro-transaksi buat permainan tersebut masih belum lagi disertakan. Terkini, setelah hampir 5 bulan sejak pelancaran permainan tersebut dan beberapa minggu selepas pelancaran bentuk pertempuran royale “Firestorm”, EA akhirnya akan membawa sistem mikro-transaksi buat permainan tersebut.

Menurut EA, sistem tersebut akan mula diperkenalkan hari ini dengan nama Battlefield Currency. Melaluinya, pemain berupaya untuk membelinya dengan menggunakan wang nyata. Sebelum ini, Battlefield V memfokuskan bentuk kandungan di dalam permainan dengan mata wang Company Coin untuk pemain membeli kostum dan pengubah-suaian senjata.

Terkini dengan penyertaan Battlefield Currency, pemain berupaya untuk memberi set kosmetik tersebut (yang mana juga boleh di beli melalui mata wang Company Coins) dan juga barangan set lain seperti set Elit bersama-sama dengan ‘Time Savers’, iaitu ianya adalah jalan pintas untuk pemain mempercepatkan nilai peringkat pemain untuk dapatkan set-set senjata, kenderaan dan sebagainya dengan lebih cepat.

Bagi set Elit pula, ianya akan diperkenalkan kemudian dimana pemain berupaya untuk membeli sebilangan watak-watak khas dengan pelbagai kandungan berbeza seperti animasi, pakaian, suara yang berlainan daripada pemain biasa.

Selain itu, EA juga akan menyertakan sebilangan pek-pek dan berkas yang berbeza untuk pemain beli seperti pek permulaan yang menyertakan 500 Battlefield Currency bersama kostum muka dan senjata yang berbeza. Terdapat juga pek premium yang menyertakan 3,500 Battlefield Currency.

Dari segi harga setiap pek dan Battlefield Currency tersebut, EA masih belum berkongsinya. Namun kami di Aksiz pasti akan mengemaskini artikel ini setelah ianya diumumkan kelak.

Leave a Reply