Skip to main content

Lanjutan daripada ura-ura berkenaan pelancaran Borderlands 3 pada September ini, hari ini Gearbox Software akhirnya mengumumkan secara rasmi yang mana permainan Borderlands 3 tersebut akan tiba secara rasmi pada 13 September 2019 kelak.

Menurut Gearbox Sofware, permainan tersebut akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan sudah pastinya, di PC melalui Epic Games Store. Namun, berdasarkan kenyataan mereka, ianya akan tiba di platform jualan permainan digital PC yang lain selepas 6 bulan ianya dilancarkan di Epic Games Store. Ini sekaligus ianya mungkin akan dilancarkan di Steam sekitar April 2020.

https://www.youtube.com/watch?v=JiEu23G4onM

Menurut Gearbox Software, Borderlands 3 akan mempunyai 4 jenis kelas watak ‘Vault Hunter’ yang berbeza iaitu Moze, FL4k, Amara dan Zane. Keempat-empat watak tersebut akan mempunyai bentuk dan kemahiran yang berbeza dengan pelbagai pengubah-suian yang pemain boleh lakukan.

Menariknya, berdasarkan video acah di atas, permainan ini juga tampaknya akan menyertakan bentuk multi-pemain secara koperasi melalui pembahagian skrin. Selain itu, bentuk multi-pemain secara atas-talian juga disediakan dan pemain juga berupaya untuk bermain secara solo.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, Borderlands 3 juga akan menyertakan pelbagai jenis senjata dengan lebih dari 1 bilion kombinasi bentuk senjata yang berbeza. Dari segi penceritaannya pula, ianya bakal memaparkan penceritaan baharu yang mana kembar Calypso Twins sedang mencuba untuk merampas kuasa galaksi yang kuat. Untuk hentikan rancangan tersebut, anda sebagai Vault Hunter perlu bekerjasama untuk menewaskan mereka.

Dari segi harga dan pelancarannya, tampaknya berdasarkan senarai permainan tersebut di laman rasmi Gearbox Sofware, ianya sememangnya akan dilancarkan di Malaysia melalui Playstation 4, Xbox One dan PC. Namun dari segi harga, buat masa ini ianya hanya disenaraikan dengan harga $59.99(~RM245). Namun bagi pengguna PC, ianya dijual dengan lebih murah melalui Epic Games Store dengan harga $44.99(~RM184) untuk harga pra-tempah.

Dari segi edisi permainan, Borderlands 3 sememangnya akan tiba dengan beberapa versi iaitu edisi biasa, Deluxe, Super Deluxe dan juga edisi Collectors. Setiap satunya akan menyertakan sebilangan kandungan yang berbeza termasuklah kandungan pas musim untuk DLC pada masa akan datang. Bagi yang membuat pra-tempahan juga, Gearbox Software akan menyertakan pek senjata emas secara bersama.

Semestinya ini adalah satu permainan yang sangat dinanti-nantikan oleh peminat Borderlands dan juga permainan bergenre ‘Lootshooter’. Kami di Aksiz pasti akan mengemaskini sebarang pengumuman tambahan setelah ianya diumumkan kelak.

Leave a Reply