Informasi Permainan Video Terkini
Video Acah JOKER Diterbitkan – Adakah Joaquin Phoenix Joker Terbaik?

Video Acah JOKER Diterbitkan – Adakah Joaquin Phoenix Joker Terbaik?

Diterbitkan pada Apr 3, 2019 oleh .

Tadi kita sudah lihat Joker untuk siri TV Gotham. Tetapi, tahukah anda yang Warner Bros. turut mempunyai filem Joker tersendiri yang tiada kaitan langsung dalam dunia DC? Judul filem ini adalah Joker dan ia dilakonkan oleh Joaquin Phoenix.

Sudah banyak poster, video di sebalik tabir yang tertiris, video acah awal diperlihatkan – tetapi perwatakan Joker baru ini masih menjadi misteri. Sebentar tadi, video acah baru telah diperlihatkan dan ia telah memberi beberapa petanda mengenai watak Joker ini. Joker dalam filem ini adalah Arthur Fleck, seorang pelawak/badut yang gagal dan juga sering dibuli. Kesan sampingan nasib malang Arthur menjadikan beliau gila dan terus berubah menjadi seorang penjenayah.

Apa yang mengecewakan yang pertama adalah, Joker ini berada di luar dunia DCEU – jadi ia tiada kaitan dengan mana-mana filem seperti Suicide Squad, Aquaman, Justice League, SHAZAM dan lain-lain. Kedua, filem ini dikatakan adalah memfokuskan Joker jika beliau berada dalam dunia nyata. Jadi, Joker ini tiada langsung hubungan Batman dan adalah lebih logik.

Jika itu adalah perspektif Todd Philips, pendapat saya Joker dalam filem ini tidak boleh dibandingkan dengan Joker DC lain yang memang berdasarkan komik. Ada kemungkinan prestasi lakonan Joaquin Phoenix akan menjadi ‘Joker’ terbaik. Filem ini akan ditayangkan pada 4 Oktober tahun ini.


TIPS & ULASAN