Skip to main content

Warface merupakan permainan aksi menembak dalam talian yang dibangunkan oleh Crytek Kiev sebelum menubuhkan satu studio baharu iaitu Blackwood Games yang meneruskan pembangunan untuk permainan ini.

Hari ini, mereka mengumumkan yang permainan tersebut kini menyokong grafik 4K dan HDR untuk Playstation 4 dan Xbox One X. Kemaskini tersebut kini boleh dimuat turun untuk mendapatkan kualiti grafik tersebut.

Berdasarkan reaksi daripada pemain, mereka mengatakan grafik bukanlah sesuatu yang harus difokuskan untuk meningkatkan kualiti permainan ini sebaliknya harus memberikan lebih perhatian mengenai prestasi dan juga ekonomi yang digunakan kerana buat masa ini permainan tersebut dikatakan sangat “bayar-untuk-menang”.

Leave a Reply