Hellblade Untuk Switch Akan Tiba Pada Minggu Hadapan

Nintendo Direct yang disiarkan pada Februari lepas telah mengumumkan yang Hellbalde Senua’s Sacrifice akan tiba untuk Switch, namun, mereka hanya mengatakan yang permainan tersebut akan dikeluarkan pada suku kedua tahun ini.

Hari ini, melalui kicauan di akaun Twitter rasmi, Ninja Theory mengumumkan yang permainan tersebut akan dikeluarkan pada minggu hadapan iaitu 11 April 2019.

Hellblade: Senua’s Sacrifice merupakan permainan sinematik psikologi seram aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Ninja Theory.  Permainan ini sudah dikeluarkan untuk Playstation 4 dan PC pada thaun 2017 dan untuk Xbox One pada tahun lepas.

Sohor Kini