Dalam siri TV Gotham, terdapat watak yang bernama Jeremiah Valeska. Perwatakan beliau adalah seakan Joker tetapi pihak produksi menafikan perkara ini. Sehinggalah pada musim terakhir Gotham, banyak petanda Jeremiah Valeska akan menjadi Joker.

Pada bulan Februari lepas, rekaan Joker ini telah diperlihatkan dan ia adalah inspirasi dari Joker yang dah tua dari Earth-2. Terkini, akhirnya Joker untuk siri TV Gotham diperkenalkan secara rasmi. Ia diperlihatkan dalam video acah baru, di mana Jeremiah yang terjatuh dalam asid di Ace Chemicals dalam episod lepas kini menjadi Joker.

Pada awalnya, dilihat Jeremiah telah sakit dan dipenghujung video acah – Joker mula beraksi dengan gelak ketawanya yang ikonik. Pendapat saya, Joker versi Jeremiah Valeska ini adalah antara Joker yang terbaik. Gelaknya hampir sama dengan versi animasi lakonan suara Mark Hamil.

Tinggal dua episod sahaja lagi, sama-sama kita saksikan pengakhiran buat siri TV Gotham ini.

Sohor Kini