Nintendo hari ini mengumumkan 3 lagi permainan NES yang akan disertakan untuk Nintendo Switch Online bulan ini. Ia adalah Punch Out, Star Soldier dan Super Mario Bros.: The Lost Levels yang akan tiba pada 10 April ini untuk semua pelanggan.

Punch Out tidak memerlukan penerangan lanjut, ia adalah permainan klasik tinju yang sudah semestinya dikenali ramai. Melalui permainan ini, pemain akan mengawal watak Little Mac dan akan bertempur dengan peninju lain yang mempunyai saiz lebih besar, jauh lebih besar.

Star Soldier merupakan permainan asal untuk siri ini yang dikeluarkan pada tahun 1986 untuk Famicon/NES. Ia adalah permainan menembak kapal angkasa menegak. Satu genre yang popular sehingga sekarang.

Super Mario Bros.: The Lost Levels adalah permainan yang dikeluarkan di Jepun sebagai Super Mario Bros. 2 akan tetapi tidak dikeluarkan secara global dengan meluas. Ia mempunyai rekaan yang lebih kurang dengan permainan Super Mario Bros. akan tetapi mempunyai cabaran yang berbeza dan mungkin lebih sukar.

Nintendo Switch Online merupakan servis langganan untuk pemilik Switch yang menyertakan pelbagai kelebihan. Harga langgan adalah seperti berikut 1 bulan – $3.99(~RM16), 3 bulan – $7.99(~RM33), 12 bulan – $19.99(~RM82). Disertakan juga pakej untuk keluarga (seramai 7 orang) dengan harga langganan untuk 12 bulan $34.99(~RM144).

Sohor Kini