Skip to main content

Civilization VI dikeluarkan untuk Switch pada tahun lepas, sesuatu yang tidak dijangkakan kerana permainan tersebut kebiasaannya bertapak di PC sahaja selain peranti pintar. Hari ini, mereka berkongsi satu berita yang baik untuk pemain yang memiliki PC dan juga Switch iaitu kedua-dua platform tersebut kini boleh menyokong fail simpanan yang sama.

Dengan kata lain, pemain boleh bermain di Switch dan kemudiannya menyambung sesi permainan yang sama di PC atau sebaliknya. Pemain tidak lagi memerlukan dua sesi permainan yang berbeza jika mereka ingin bermain permainan tersebut secara mudah alih.

Namun, oleh disebabkan beberapa penambahan yang dikeluarkan masih tidak tiba untuk Switch, kemungkinan besar pemain tidak boleh menggunakan fail simpanan yang mengandungi kandungan tambahan sebaliknya untuk permainan asal sahaja. Apapun, ia adalah satu perkembangan yang baik dan mungkin kita dapat melihat lebih banyak permainan yang menyokong fail simpanan rentas-platform untuk Switch. Stardew Valley mungkin?

Leave a Reply