Skip to main content

Sebelum ini kami melaporkan berkenaan permainan oleh pengeluar permainan video Private Division di mana studio The Outsiders mengumumkan bahawa mereka sedang membangunkan satu permainan dibawah Project Wight. Terkini, The Outsiders akhirnya mengumumkan permainan tersebut secara rasmi iaitu Darkborn bersama-sama dengan bentuk permainannya.

Darkborn merupakan permainan yang dibangunkan oleh The Outsiders dan asalnya permainan tersebut dibawah Project Wight yang diumumkan sebelum. Melalui Darkborn, pemain akan bermain sebagai satu makhluk raksasa dan pemain akan diburu oleh manusia.

Ianya menjadi lebih sedih apabila keluarga pemain dibunuh dan diburu sekaligus pemain perlu memburu manusia dan membalas dendam terhadap sifat kekejaman itu.

Darkborn mempunyai bentuk penembak pandang pertama yang mana juga memfokuskan sebilangan bentuk selinap. Dengan bertemakan era Viking, pemain akan banyak menggunakan kemahiran bertempur secara jarak dekat dan pada masa yang sama, pemain juga berupaya untuk menggeluncur di udara.

Sememangnya ini merupakan satu permainan yang menarik di mana ianya memfokuskan watak utama makhluk raksasa berbanding manusia dan pemain perlu memburu mereka. Ini juga satu bentuk yang menyegarkan untuk permainan bergenre ini.

Buat masa ini, tidak banyak informasi yang dikongsikan buat Darkborn dari segi tarikh pelancaran dan juga platform pelancarannya. Kami di Aksiz pasti akan mengemaskini jika terdapat sebarang pengumuman kelak.

Leave a Reply