Skip to main content

Concrete Genie merupakan permainan yang dibangunkan oleh PixelOpus dan ia diumumkan beberapa tahun lepas untuk konsol Playstation 4. Pada acara State Of Play bulan lepas, Sony juga memperlihatkan video acah baharu buat permainan tersebut yang memperlihatkan penceritaannya.

Disamping pengumuman itu, PixelOpus juga menyatakan bahawa permainan tersebut akan disertakan dengan mod realiti-maya secara bersama melalui Playstation VR dan kini, mereka memperlihatkan bentuk realiti-maya tersebut.

Melalui blog rasmi Playstation, Jeff Brown iaitu pengarah kreatif permainan tersebut berkongsi yang mana permainan tersebut akan mempunyai dua mod realiti-maya yang berbeza.

https://gfycat.com/misguidedconventionalleopardseal

Mod pertama akan memfokuskan pemain untuk berinteraksi bersama Genie bernama Sploth dan pemain berupaya untuk menggunakan berus Living Paint pemain terhadap Genie tersebut. Namun dari segi informasi lain, beliau masih belum berkongsinya lagi.

Mod kedua pula memfokuskan pemain untuk melukis secara bebas menggunakan berus Living Paint tersebut. Melaluinya, pemain berupaya untuk memilih empat lokasi Denska yang berbeza dan pemain berupaya untuk eksperimentasi bersama koleksi Living Paint dan Genie yang pemain kumpulkan ketika bermain permainan tersebut.

Concrete Genie dijadualkan bakal tiba tahun ini secara eksklusif di Playstation 4.

Leave a Reply