Semalam, kami tersilap melaporkan yang GSC mula menjual tiket panggung wayang awal. Sebenarnya mereka hanya menjual tumbler dan bekas besi eksklusif bertemakan Avengers: End Game. Hari ini, akhirnya – tiket Avengers: End Game benar-benar boleh dibeli awal.
Bukan sahaja terhad di GSC, tetapi MBO dan TGV turut menjual tiket ini awal. Dengan penjualan tiket awal, anda semua boleh tetapkan jadual anda serta membuat tempahan awal. Jadi, apabila hari tayangan, anda boleh saksikan filem hebat ini dengan tenang.
Jadi, jangan tunggu lagi! Mari sama-sama kita dapatkan tiket filem terakhir MCU fasa ketiga ini. Tarikh tayangan adalah seawal 24 April.