Informasi Permainan Video Terkini
Ini Adalah Video Acah Akhir Avengers: End Game – Kehangatan Semakin Membara!

Ini Adalah Video Acah Akhir Avengers: End Game – Kehangatan Semakin Membara!

Diterbitkan pada Apr 2, 2019 oleh .

Avengers: End Game adalah filem terakhir MCU untuk fasa ketiga. Selepas filem ini, fasa keempat akan bermula dengan filem Spider-Man: Far From Home dan mungkin akan diteruskan dengan banyak siri TV baru serta projek bersama dengan Fox.

Filem Avengers: End Game juga merupakan penamat buat pasukan Avengers ini. Ada besar kemungkinan, ini adalah filem terakhir untuk kita lihat semua ahli Avengers berada dalam satu filem. Sebentar tadi, video acah 1 minit telah diterbitkan. Ia memperlihatkan banyak adegan menarik.

Banyak juga persoalan yang terjawab seperti; Pepper Pots bertemu dengan Tony Stark, memperlihatkan tangan Ronin yang penuh dengan tatu, pasukan Avengers sedang merancang, Captain America tumpas, Iron Man sedang bersedia untuk bertempur dengan Thanos serta ada kelibat mantel merah – adakah itu Dr. Strange?

Kehangatan semakin membara, hati berdebar, banyak persoalan, dan perasaan tidak sabar mula tiba. Sama-sama kita nantikan 26 April ini.


TIPS & ULASAN