Informasi Permainan Video Terkini
Doraemon: Nobita’s Story Of Season Bakal Dilancarkan Jun Ini Buat Pasaran Jepun

Doraemon: Nobita’s Story Of Season Bakal Dilancarkan Jun Ini Buat Pasaran Jepun

Diterbitkan pada Apr 2, 2019 oleh .

Antara pengumuman yang menarik ketika Nintendo Direct Februari lepas adalah permainan Doraemon: Nobita’s Story Of Season akan dilancarkan di Switch. Ianya merupakan permainan Harvest Moon ataupun Story Of Season, bertemakan watak Doraemon.

Terkini, menurut Bandai Namco permainan tersebut akan dilancarkan pada 13 Jun 2019 ini buat pasaran Jepun. Dukacitanya, bagi pasaran global, Bandai Namco tidak berkongsi sebarang informasi berkenaannya. Namun kami percaya jika permainan ini mendapat sambutan yang baik, Bandai Namco mungkin akan membawanya di pasaran global.

Melalui video acah yang dikongsi, Bandai Namco juga memperlihatkan sebilangan bentuk permainan yang mana Nobita kelihatan berupaya untuk menggunakan gajet-gajet Doraemon seperti pintu suka hati dan sebagainya, di dalam permainan ini.

Sememangnya konsep permainan ini adalah sangat menarik dicampur dengan tema permainan bercucuk tanam Story Of Season, sudah pasti ianya bakal menjadi satu permainan yang dinantikan oleh peminat siri tersebut memandangkan permainan terakhir buat Story Of Season adalah di konsol 3DS dan ini merupakan permainan pertama Story Of Season di konsol Switch. Sebelum ini, Marvelous juga mengumumkan versi permua buat Story Of Season juga bakal dilancarkan oleh Tencent.

Kami pasti akan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi lanjut berkenaan permainan ini.


TIPS & ULASAN