Informasi Permainan Video Terkini
Atlus Mengacah Persona 5 S – Informasi Lanjut Bakal Diumumkan Penghujung Bulan Ini

Atlus Mengacah Persona 5 S – Informasi Lanjut Bakal Diumumkan Penghujung Bulan Ini

Diterbitkan pada Apr 2, 2019 oleh .

Beberapa minggu lepas, Atlus mengacahkan bahawa mereka akan membawa Persona 5 dengan kandungan baharu melalui Persona 5 The Royal, yang mana ianya adalah sebahagian daripada sebilangan nama yang didaftar oleh mereka.

Terkini, Atlus akhirnya melancarkan laman Persona seterusnya iaitu Persona 5 S di mana ia mempamerkan satu imej bertarikhkan 25 April dan ayat ‘1 lagi informasi’. Menariknya, kod sumber laman tersebut juga menyatakan bahawa mereka akan memperlihatkan Phantom Thieves baharu yang pasti akan mengejutkan dunia.

Sememangnya ini adalah satu pengumuman yang menarik dan pada pendapat kami ianya mungkin adalah Persona 5 untuk konsol Switch, memandangkan huruf S dipertayangkan dicampur dengan watak Joker bakal tiba di Super Smash Bros. Ultimate.

Buat masa ini, tidak banyak informasi yang dikongsikan dan pada 25 April tersebut juga merupakan konsert khas Persona Super Live P-Sound Street 2019 dimana ia bakal berlangsung di Tokyo. Semestinya, sebarang pengumuman akan dilakukan pada tarikh tersebut dan kami di Aksiz pasti akan mengemaskininya setelah ia diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN