Informasi Permainan Video Terkini
Siri TV DC Black Lightning Musim Kedua Kini Boleh Ditonton Di Netflix

Siri TV DC Black Lightning Musim Kedua Kini Boleh Ditonton Di Netflix

Diterbitkan pada Apr 2, 2019 oleh .

The CW adalah syarikat penyiaran televisyen di Amerika Syarikat yang terkenal dengan siri TV Arrowverse; Arrrow, The Flash, Supergirl, Legends of Tomorrow, Constantine dan juga Black Lightning. Jika anda tertanya-tanya kenapa mereka mempunyai banyak siri TV DC? Ini kerana, The CW adalah anak syarikat kepada Warner Bros. dan Warner Bros. memiliki DC.

Walaupun DC sudah mempunyai DC Universe, platform penstriman tersendiri – ia tidak menghalang pihak The CW untuk memasukkan siri-siri TV mereka ke Netflix. Terkini, siri TV Black Lightning musim kedua sudah boleh ditonton di Netflix. Musim kedua siri ini mempunyai 16 episod. Musim kedua lebih memfokuskan kepada anak-anak Jefferson Pierce; Jennifer dan Anissa, Khalil dan juga kehidupan semula Lala.

Siri TV ini agak ringan dan seronok untuk ditonton kerana ia tidak terlibat dengan dunia Arrowverse lain yang The CW hasilkan. Jadi, ia tidak serabut dan mudah untuk anda fahami.


TIPS & ULASAN