Akhir bulan lepas, Gearbox Software telah mengumumkan secara rasmi Borderlands 3 dan mereka akan berkongsi lanjut mengenai permainan tersebut pada 3 April ini.

Namun, berdasarkan satu kicauan di akaun Twitter rasmi permainan tersebut, yang kemudiannya dibuang, permainan tersebut akan dikeluarkan pada 18 September 2019. Selain itu, video yang dikongsi bersama juga memperlihatkan logo Epic Games Store yang mungkin menandakan versi PC untuk permainan tersebut akan dikeluarkan secara eksklusif di kedai dalam talian tersebut.

Kemungkinan besar kicauan tersebut sepatutnya dikeluarkan pada 3 April ini bersama dengan perkongsian lanjut mengenai permainan tersebut. Jika ia bukan jenaka April Fool, tampaknya Epic Games Store bakal mendapat satu lagi permainan eksklusif.

Sohor Kini