Informasi Permainan Video Terkini
Yakuza Kiwami 2 Untuk PC Tersenarai Di ESRB
PC

Yakuza Kiwami 2 Untuk PC Tersenarai Di ESRB

Diterbitkan pada Apr 2, 2019 oleh .

SEGA pada tahun lepas telah mengeluarkan Yakuza 0 dan Yakuza Kiwami untuk PC. Mereka juga sebelum ini mengatakan bergantung kepada penerimaan, permainan-permainan Yakuza yang lain akan turut di bawa ke PC.

Minggu ini, Entertainment Software Rating Board (ESRB) menyenaraikan Yakuza Kiwami 2 untuk PC. Seperti kita sedia maklum, ESRB ataupun mana-mana rating board yang lain hanya mengeluarkan senarai untuk permainan yang telah dihantar oleh penerbit. Dengan kata lain, versi PC untuk Yakuza Kiwami 2 akan tiba tidak lama lagi.

Seperti Yakuza Kiwami yang merupakan versi olahan semula untuk Yakuza yang dikeluarkan pada tahun 2006, Yakuza Kiwami 2 adalah versi olahan semula untuk Yakuza yang dikeluarkan pada tahun 2008. Ia sudah dikeluarkan untuk Playstation 4 pada tahun lepas.


TIPS & ULASAN