Informasi Permainan Video Terkini
Musim Ke-6 PUBG Mobile Kini Bermula – Sistem Langganan Prime Diperkenalkan

Musim Ke-6 PUBG Mobile Kini Bermula – Sistem Langganan Prime Diperkenalkan

Diterbitkan pada Apr 2, 2019 oleh .

Musim ke-3 untuk PUBG sudah bermula, begitu juga untuk musim ke-6 bagi PUBG Mobile. Ia sudah bermula sekarang dan akan berakhir pada 15 Mei 2019. Musim baharu ini meneruskan sambutan PUBG Mobile yang menyambut ulang tahun pertama untuk permainan mudah alih tersebut.

Seperti musim-musim yang lepas, pemain boleh membeli Royale Pass dengan menggunakan UC iaitu 600 UC (RM39.90) atau 1800 UC(RM104.90) yang akan terus meningkatkan 25 tahap untuk Royale Pass anda. Bagi pemain yang sudah mengumpul UC sebelum ini, pemain juga boleh membeli Royale Pass dengan menggunakan UC yang tersedia.

Selain itu, PUBG Mobile juga kini memperkenalkan sistem langganan baharu iaitu Prime. Langganan ini mempunyai 2 jenis iaitu Prime yang memerlukan bayaran RM3.90/sebulan dan Prime Plus untuk RM41.90/sebulan (RM20.90 untuk bulan pertama).

Untuk pemain yang melanggan Prime pemain berpeluang membeli barangan di kedai menggunakan BP yang sebelum ini boleh dibeli menggunakan UC. Namun, barangan tersebut hanya boleh digunakan sementara iaitu 7 hari ataupun selama 30 hari. Pelanggan juga akan mendapat 5UC sehari untuk 30 hari (150 UC secara keseluruhan).

Bagi Prime Plus, pelanggan turut dapat membeli barangan menggunakan BP akan tetapi ada juga pilihan untuk mendapatkan barang tersebut secara penuh. Pelanggan juga akan mendapat 20 UC sehari untuk 30 hari (600 UC secara keseluruhan). Tambahan, pelanggan juga akan mendapat 10 mata RP setiap hari, diskaun harian untuk pelbagai barangan dan dapat membeli loteri Classic Crate yang pertama dengan potongan harga 50%. Pelanggan juga akan terus mendapat 300 UC dan pelbagai kupon.

Melalui sistem langganan Prime ini, tampaknya Tencent memperkenalkan satu lagi cara untuk mereka menjana pendapatan dan cara lain untuk pemain mendapatkan UC. Apa pendapat anda mengenai sistem langganan baharu ini?


TIPS & ULASAN