Kemaskini, 2 April 2019 – Kami sebelum ini menyatakan GSC membuat penjualan tiket lebih awal, tetapi GSC setakat ini hanya menjual set tumbler tersebut dan tiket masih tidak dijual. Artikel dikemaskini untuk pembetulan tersebut. Maaf atas ralat yang tidak disengajakan.
Avengers: End Game merupakan filem terakhir Marvel Cinematic Universe (MCU) dalam fasa ketiga. Ia juga merupakan filem terakhir buat pasukan Avengers dan dalam filem ini ia akan menentukan nasib setiap ahli Avengers, sama ada mati atau pun hidup.
Seperti filem SHAZAM! sebelum ini, GSC adalah yang terawal mengumumkan tarikh tayangan SHAZAM! diawalkan satu minggu sebelum tarikh sebenar yang dijadualkan. Hanya kemudian, panggung wayang lain sertai GSC. Walaupun, tayangan untuk Avengers: End Game masih lagi dijadualkan pada 24 April, GSC kini telah menjual tumbler khas untuk filem tersebut.
Ia merupakan bobble head tumbler dengan kepala daripada Hulk, Thanos, Captain America dan Black Widow. Ia dijual sebagai satu set dengan bertih jagung dan minuman. Dapatkan sebelum terlambat.