Skip to main content

Bersempena dengan 1 April hari ini, Ubisoft mengadakan satu acara mini khas buat permainan For Honor, iaitu Rabbids Invade di mana pemain berupaya untuk bertempur bersama-sama dengan watak Rabbids tersebut.

Menariknya juga, bagi anda yang log masuk ketika acara ini berlangsung, Ubisoft juga akan menyertakan ganjaran pek Melee khas buat pemain. Acara ini merupakan acara khas buat kandungan tahun ke-3 buat permainan tersebut, iaitu Year Of The Harbinger.

Menurut Ubisoft, acara ini akan berlangsung hari ini sahaja dan ia akan tamat sekitar 12 tengah hari pada 2 April (Waktu tempatan). Tambah Ubisoft, sepanjang tahun ini akan terdapat lebih banyak kandungan baharu yang bakal tiba termasuklah pelbagai acara lagi buat permainan tersebut.

Bagi anda yang berminat untuk bertempur bersama-sama Rabbids, anda boleh mendapatkan For Honor yang mana ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Leave a Reply