Skip to main content

Atari VCS merupakan konsol retro Atari berdasarkan konsol Atari 2600 yang mana sebelum ini ia dijadualkan untuk dilancarkan Julai tahun ini. Namun, tampaknya bagi anda yang menanti konsol tersebut, anda mungkin perlu menanti dengan lebih lama kerana Atari menyatakan bahawa mereka akan menundakan pelancarannya sehingga penghujung 2019 ini.

Disamping itu, Atari juga menyatakan bahawa mereka mengubah-suai rekaan konsol tersebut yang mana ianya adalah rekaan akhir untuk produksi konsol tersebut.

Melalui imej contoh yang dikongsikan oleh Atari, rekaan baharu tersebut adalah hasil pengubah-suai oleh mereka untuk menghasilkan kesan terapung buat konsol tersebut melalui penambahan ruangan bawah konsol yang lebih tinggi.

Selain itu, mereka juga mengubah dua sambungan USB dari belakang ke hadapan, sekaligus memudahkan penggunaan untuk menyambung sebarang alat kawalan ataupun sebarang aksesori tambahan. Namun, terdapat dua lagi sambungan USB belakang untuk kegunaan lain. Akan tetapi, Atari juga menyatakan bahawa mereka akan membuang slot kad SD melalui rekaan baharu ini.

Berkenaan penundaan tersebut pula, menurut Atari mereka menunda pelancarannya atas sebab mereka ingin menyertakan pemprosesan baharu AMD Ryzen, sekaligus membuahkan prestasi konsol yang lebih tinggi.

Sememangnya ini merupakan satu berita yang agak menyedihkan buat mereka yang menanti konsol ini. Namun, sekurang-kurangnya Atari masih lagi giat membangun dan menghasilkan satu konsol retro terbaik untuk pengguna. Sebelum ini, kami juga melaporkan berkenaan permainan dan alat kawalan yang bakal Atari sertakan di mana anda boleh membacanya di sini.

Leave a Reply