Antara penerbit terawal yang memilih Epic Games Store untuk mengeluarkan permainan mereka secara eksklusif adalah Ubisoft melalui permainan baharu mereka The Division 2. Tampaknya, ia tidak berhenti setakat itu sahaja, kini Anno 1800 iaitu permainan simulasi pembinaan yang dibangunkan oleh Blue Byte dan diterbitkan oleh Ubisoft.
Menariknya, permainan tersebut yang sudah tersenarai di Steam, masih boleh di pra-tempah di platform tersebut, dan pemain yang memilih untuk membeli melalui Steam akan mendapat permainan tersebut seperti biasa. Namun, selepas ia dikeluarkan pada 16 April kelak, pemain hanya boleh membelinya melalui Epic Games Store.
Perkara ini berkemungkinan kerana Epic Games berjanji yang mereka tidak lagi mengulangi apa yang berlaku dengan Metro Exodus yang ditarik daripada Steam secara tiba-tiba. Seperti permainan Ubisoft yang lain, Anno 1800 juga boleh diperoleh melalui Uplay Store.
Anno 1800 akan dikeluarkan pada 16 April 2019 dan buat masa ini hanya untuk PC sahaja.