Skip to main content

Valve minggu ini mengacahkan set perkakas realiti-maya baharu yang dipanggil, Valve Index melalui laman Steam mereka. Buat masa ini tidak banyak informasi yang dikongsikan, namun berdasarkan imej tersebut, informasi lanjut berkenaannya mungkin akan dikongsikan menjelang Mei kelak.

Sememangnya ini bukanlah perkakas rasmi pertama oleh Valve, di mana mereka sebelum ini juga pernah melancarkan alat kawalan Steam controller dan sebagainya. Namun dengan pelancaran set perkakas realiti-maya, ianya mungkin akan mengembangkan lagi perpustakaan permainan Steam VR mereka, dimana buat masa ini ianya menyokong Oculus Rift dan HTC Vive sahaja.

Kami di Aksiz juga tidak sabar untuk mengetahui lanjut berkenaan Valve Index ini dan semestinya kami akan berkongsi sebarang informasi lanjut setelah ianya diumumkan secara rasmi, kemungkinan Mei ini.

Leave a Reply