Skip to main content

Bulan lepas, kami melaporkan yang mana Capcom akan melancarkan mod Bloody Palace buat permainan Devil May Cry 5. Terkini, mod tersebut akhirnya dilancarkan secara rasmi buat permainan tersebut di semua platform.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, mod Bloody Palace merupakan mod pertahanan hidup yang mula diperkenalkan ketika Devil May Cry 2. Melalui mod ini, pemain akan bertempur dengan sebilangan musuh secara berperingkat. Menurut Capcom, untuk mendapat akses mod ini, pemain perlu menghabiskan penceritaan utama permainan ini dahulu pada peringkat Devil Hunter ataupun Human.

Menariknya, mod ini akan tiba secara percuma melalui kemaskini permainan dan anda berupaya untuk bermain ketiga-tiga watak daripada permainan tersebut iaitu Dante, Nero dan V.

Bersempena dengan itu, memandangkan kemaskini ini dilancarkan pada 1 April, Capcom juga mempertontonkan satu video khas yang memperlihatkan jenaka mereka untuk April’s Fools.

Devil May Cry 5 telah pun dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC. Bagi anda yang ingin membaca ulasan penuh oleh kami, anda boleh melayari pautan di bawah.

Leave a Reply