Informasi Permainan Video Terkini
ARIKA Lancar Permua Fighting EX Layer -α Di iOS Dan Android

ARIKA Lancar Permua Fighting EX Layer -α Di iOS Dan Android

Diterbitkan pada Apr 1, 2019 oleh .

ARIKA hari ini secara mengejutnya melancarkan permainan perlawanan Fighting EX Layer -α di peranti telefon pintar. Menariknya, ianya kini boleh dimuat-turun secara percuma, namun dari segi watak yang tersedia, hanya terdapat empat watak sahaja yang boleh dimainkan setakat ini.

Melalui versi permua ini, permainan ini diterjemahkan dengan lebih ringkas dimana pemain hanya perlu mentatal untuk menyerang dan melakukan kemahiran yang berbeza. Dari segi bentuk lain, ianya tidak mempunyai sebarang mod tambahan dan hanya mempunyai mod pertempuran dan mod latihan sahaja.

Akan tetapi, memandangkan permainan ini asalnya adalah jenaka April’s Fool, menurut ARIKA, mereka mungkin tidak akan mengemaskini permua tersebut dengan sebarang pernambahan pada masa akan datang.

Fighting EX Layer sebelum ini telah pun dilancarkan di Playstation 4 dan PC dimana ianya adalah permainan penuh yang dibangunkan oleh ARIKA, iaitu pembangun untuk siri Street Fighter EX.

Bagi anda yang berminat untuk bermain permainan ini di peranti telefon pintar anda, anda boleh memuat-turunnya dibawah.

Muat-Turun iOS: Fighting EX Layer -α

Muat-Turun Android: Fighting EX Layer -α


TIPS & ULASAN