Informasi Permainan Video Terkini
4 Permainan Menarik Untuk Bulan April 2019

4 Permainan Menarik Untuk Bulan April 2019

Diterbitkan pada Apr 1, 2019 oleh .

Bulan Mac boleh dikatakan berakhir dengan baik untuk pemain permainan video. Permainan seperti Devil May Cry 5, The Division 2 dan Sekiro: Shadows Die Twice sudah semestinya menjadi permainan utama yang tiba pada bulan tersebut.

Seperti bulan lepas, melalui penulisan ini kami ingin berkongsi beberapa permainan yang kami sangat nantikan untuk bulan ini. Jika anda ingin melihat permainan-permainan lain yang dikeluarkan pada bulan ini, kami sediakan satu poster di bawah.

Days Gone

Days Gone merupakan permainan seterusnya yang akan menyertai koleksi permainan eksklusif untuk Playstation 4. Kami berpeluang mencuba permainan tersebut untuk 3 jam pertama dan merasakan ia mempunyai potensi untuk menjadi satu permainan zombi yang menarik.

Days Gone dibangunkan oleh Bend Studio dan akan dikeluarkan pada 26 April 2019 untuk Playstation 4.

Mortal Kombat 11

Mortal Komba 11 sudah semestinya terkenal sebagai permainan perlawanan yang menyertakan serangan yang sangat menyeramkan. Berdasarkan video acah watak dan juga penceritaan, permainan ini sudah semestinya sesuatu yang dinantikan, bukan sahaja untuk pengikut siri Mortal Kombat tetapi termasuk juga pemain yang menyukai permainan perlawana.

Mortal Kombat 11 dibangunkan oleh NetherRealm dan akan diterbitkan oleh Warner Bros. Ia akan tiba pada 23 April 2019 untuk Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

World War Z

World War Z adalah satu lagi permainan zombi yang bakal tiba pada bulan ini selepas Days Gone. Namun, ia adalah satu permainan yang sangat berlainan. Permainan ini adalah pemain multi-pemain sehingga 4 pemain, dan mempunyai pertempuran PvP akan tetapi pada masa sama terdapat zombi di sekitar yang akan menjadikan pertempuran tersebut lebih menarik.

World War Z dibangunkan serta diterbitkan oleh oleh Saber Interactive dan akan dikeluarkan pada 16 April 2019.

Cuphead

Cuphead sudah dikeluarkan pada tahun 2017 untuk Xbox One dan PC, namun bulan lepas secara mengejut ia diumumkan untuk Switch dan bakal tiba bulan ini. Ia merupakan satu permainan aksi yang sangat sukar selain menyertakan rekaan grafik yang sangat menarik. Dikeluarkan untuk Switch, permainan ini boleh dikatakan sempurna untuk konsol tersebut.

Cuphead dibangunkan oleh StudioMDHR dan untuk Switch ia akan dikeluarkan pada 18 April 2019.


Di atas merupakan permainan menarik yang akan dikeluarkan sepanjang bulan April ini. Bagaimana dengan anda, ada permainan yang anda lebih nantikan tetapi kami tidak senaraikan?


TIPS & ULASAN