Skip to main content

Sony minggu ini megnumumkan bahawa mereka akan menutup pelayan buat permainan Driveclub, Driveclub VR dan Driveclub Bikes pada 31 Mac 2020 ini. Selain itu, bagi permainan StarBlood Arena pula, pelayan permainan tersebut akan ditutup pada 25 Julai 2019 ini.

Ini sekaligus, pemain tidak lagi berupaya untuk bermain permainan tersebut secara atas-talian dan hanya boleh mainkan permainan tersebut secara luar-talian melalui mod solo sahaja. Namun, memandangkan permainan StarBlood Arena adalah permainan permainan multi-pemain, ianya sekaligus tidak langsung boleh dimainkan menjelang Julai ini.

Selain itu, Sony juga mengumumkan bahawa kesemua permainan Driveclub termasuklah DLC pernambahannya tidak lagi akan dijual secara digital melalui PSN Store menjelang 31 Ogos 2019 ini.

Sememangnya ini merupakan satu pengumuman yang agak sedih buat mereka yang bermain permainan tersebut. Namun, kami percaya bahawa permainan ini tidak mempunyai jumlah pemain yang ramai sekaligus untuk penjimatan kos, Sony mengambil keputusan untuk tutup pelayan permainan tersebut disamping berhentikan jualannya.

Adakah anda salah seorang pemain yang masih lagi giat bermain permainan di atas? Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen dibawah.

Leave a Reply