Informasi Permainan Video Terkini
SEGA Umum Permainan Sakura Wars Baharu Bakal Tiba Tahun Hadapan

SEGA Umum Permainan Sakura Wars Baharu Bakal Tiba Tahun Hadapan

Diterbitkan pada Mac 31, 2019 oleh .

Bagi peminat siri anime Sakura Wars, anda pasti akan teruja dengan pengumuman terbaru oleh SEGA hari ini, iaitu SEGA akhirnya mengumumkan permainan baharu buat siri tersebut.

Buat masa ini, ianya tidak mempunyai nama rasmi lagi dan hanya dinamakan sebagai Project Sakura Wars. Dari segi platform pula, buat masa ini ianya disahkan bakal tiba di Playstation 4 sekitar tahun hadapan.

Menurut SEGA, permainan ini merupakan sekuel kepada permainan Sakura Wars: So Long My Love yang dilancarkan beberapa tahun lepas di Playstation 2 dan Nintendo Wii. Kali ini ianya bertempatkan di era tahun 1940, Tokyo Jepun dan pemain diberi pelbagai pilihan dan watak untuk mengembara dan berinteraksi bersama.

Seperti biasa, tidak banyak informasi yang dikongsikan namun kami di Aksiz pasti akan mengemaskininya setelah ia diumumkan kelak.


TIPS & ULASAN