Bandai Namco hari ini mengumumkan permainan seterusnya untuk siri Sword Art Online, iaitu Sword Art Online: Alicization Lycoris. Permainan ini adalah berdasarkan anime terkenal Sword Art Online di dalam bahagian Alicization.

https://www.youtube.com/watch?v=4eoutzF8K08

Buat masa ini, tidak banyak informasi yang dikongsikan termasuklah tarikh pelancarannya. Namun apa yang pasti permainan ini akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan juga PC.

Dari segi bentuk permainan, ianya kelihatan akan memfokuskan bentuk dunia yang luas bersama aksi pertempuran seperti permainan Sword Art Online sebelum ini.

Sword Art Online: Alicization Lycoris sekali lagi akan meletakkan pemain bermain sebagai Kirito di mana beliau akan mengembara di dunia Underworld. Menurut Bandai Namco, mereka juga akan menyertakan pelbagai watak-watak daripada siri anime tersebut yang pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menarik buat peminat siri tersebut.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini sebarang pengumuman setelah Bandai Namco berkongsikannya kelak.

Sohor Kini