PUBG Corp hari ini mengumumkan yang Survivor Pass baharu mereka iaitu Survivor Pass 3: Wild Card kini boleh dibeli di PC, manakala untuk Playstation 4 dan Xbox One akan diumumkan. Bersempena dengannya musim baharu juga kini bermula sehingga 4 Jun 2019.

Survivor Pass ini berfungsi seperti mana Survivor Pass sebelum ini, ia akan menyertakan pelbagai barangan kosmeti, emote dan pelbagai barangan di dalam permainan yang kali ini bertemakan filem perisikan. Pemain perlu menyelesaikan cabaran dan juga meningkatkan tahap untuk menyah-kunci lebih banyak barangan. Survivor Pass ini dijual dengan harga RM39.99.

Selain itu, mereka juga mengumumkan akan terdapat cabaran yang memerlukan pemain menggunakan senjata yang jenis tertentu. Menyelesaikan cabaran tersebut akan memberikan pemain hiasan untuk senjata tersebut.

Sohor Kini