Twitch Prime merupakan perkhidmatan langganan oleh Twitch yang memberi pelbagai kelebihan untuk pelanggan. Kebiasaan mereka memberikan barangan di dalam permainan serta permainan percuma, bulan ini mereka memberikan sesuatu yang baharu iaitu langganan Nintendo Switch Online.
Pelanggan Twitch Prime perlu menebus tawaran ini bermula sekarang sehingga 24 September 2019, untuk tawaran pertama pelanggan akan mendapat langganan Nintendo Switch Online selama 3 bulan, untuk mendapatkan 9 bulan seterusnya, pelanggan tersebut mesti terus melanggan Twitch Prime selama 2 bulan dan mesti membuat tebusan sebelum 22 Januari 2020.
Bagi yang sudah melanggani Nintendo Switch Online anda boleh menebus untuk menambah durasi langganan anda akan tetapi terhad kepada yang melanggan secara sendiri, yang menggunakan langganan sekeluarga, tawaran ini tidak boleh ditebus.
Anda boleh melanggan Twitch Prime dengan harga $5.99 (RM23) sebulan. Melalui Twitch Prime, pelanggan akan mendapat langganan untuk satu channel percuma setiap bulan di Twitch. Selain itu pelanggan juga dapat melayari Prime Video iaitu perkhidmatan seakan Netflix oleh Amazon.
[info]Twitch Prime: Nintendo Switch Online[/info]