Pembangun bagi permainan Bulletstorm hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan Bulletstorm ke konsol Switch pada tahun ini. Dengan nama Bulletstorm: Duke Of Switch Edition, permainan versi ini akan menyertakan DLC Duke Nukem Bulletstorm Tour yang dilancarkan sebelum ini.
Bulletstorm merupakan permainan penembak pandang pertama yang mana ianya dilancarkan pada tahun 2011 lepas. Ianya kemudian dilancarkan semula sebagai permainan pernambah-baikkan pada 2017 lepas di Playstation 4 dan Xbox One dengan nama Bulletstorm: Full Clip Edition.
Terkini dengan versi Switch pula, pemain berupaya untuk bermain sebagai Duke Nukem, iaitu watak permainan daripada siri Duke Nukem tiba di dalam permainan ini sebagai DLC Duke Nukem Bulletstorm Tour secara bersama.
Buat masa ini tarikh pelancarannya masih belum diumumkan. Namun bagi anda yang berminat untuk bermain permainan ini di Switch, sudah pasti ianya adalah satu lagi pernambahan yang baik untuk perpustakaan permainan penembak pandang pertama di konsol Switch menjelang tahun ini.