Skip to main content

Behaviour Interactive hari ini mengumumkan bahawa mereka akan membawa watak Ash Williams dari siri Ash Vs Evil Dead ke permainan Dead By Daylight.

Menurut mereka, pemain berupaya untuk menggunakan watak Ash sebagai watak permainan dan perlu meneruskan hidup di dalam permainan tersebut. Menariknya juga, suara watak Ash tersebut juga akan dilakon oleh pelakon asal watak Ash, iaitu Bruce Campbell.

Dead By Daylight merupakan permainan pertahanan hidup yang memfokuskan bentuk multi-pemain. Melaluinya, seorang pemain akan menjadi pemburu dan empat lagi pemain perlu meneruskan hidup dengan lari, sembunyi, meletakkan perangkap dan sebagainya untuk mengelak dairpada diburu dan dibunuh oleh pemburu.

DLC Ash VS Evil Dead ini akan tiba pada 2 April ini khas melalui permainan Dead By Daylight di Playstation 4, Xbox One dan PC. Dari segi harga DLC tersebut, Behaviour Interactive tidak berkongsikannya lagi.

Leave a Reply