Dengan lancarnya DLC terakhir untuk Final Fantasy XV, iaitu episod Ardyn, ramai tetanya-tanya adakah Square-Enix bakal membawa permainan seterusnya Final Fantasy.
Terkini, melalui laporan Famitsu, Luminous Production iaitu studio yang bertanggungjawab untuk Final Fantasy XV sebelum ini mengumumkan bahawa mereka kini sedang membangun permainan bertaraf AAA baharu.
Menurut Takeshi Terada, beliau menyatakan pasukan tersebut kini sememangnya membangun satu permainan yang mempunyai dunia yang berkualiti tinggi. Akan tetapi, laporan mereka juga mengesahkan bahawa ianya bukanlah permainan daripada siri Final Fantasy. Namun buat masa ini, ianya masih belum pasti ataupun diumumkan secara rasmi.
Buat masa ini tidak banyak informasi yang dikongsikan. Akan tetapi, memandangkan sebelum ini studio tersebut dilaporkan sedang membangunkan permainan untuk konsol generasi seterusnya, sudah semestinya mereka mungkin akan membawa sesuatu yang baru untuk industri ini.
Sudah semestinya peminat Square-Enix tidak sabar untuk nantikan permainan seterusnya oleh mereka, jadi sama-sama kita nantikan dan kami di Aksiz pasti akan mengemaskini setelah mendapat sebarang informasi berkenaannya.