Dengan pelbagai acahan sepanjang bulan ini oleh Gearbox Software, hari ini mereka akhirnya mengumumkan secara rasmi permainan seterusnya buat siri Borderlands, iaitu Borderlands 3. Anda boleh tonton video acah rasmi oleh mereka, dibawah.

Buat masa ini, Gearbox Software tidak berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaannya termasuklah platform pelancarannya. Namun, sebarang informasi berkenaan akan dikongsikan minggu hadapan, pada 3 April ini.

Berdasarkan video acah yang dipertontonkan, Borderlands 3 tampaknya akan membawa kembali bentuk multi-pemain koperasi sebanyak 4 pemain serentak. Tambahan itu, video acah tersebut juga memperlihatkan sebilangan jenis senjata berbeza yang mana mereka nyatakan akan mempunyai lebih dari 1 bilion jenis senjata. Pemain juga berupaya untuk menaiki kenderaan dan bertempur melaluinya.

Video acah tersebut juga memperlihatkan sebilangan watak-watak dari siri Borderlands kembali seperti Lilith, Maya dan sebagainya. Menariknya juga, watak Tales From Borderlands juga terdapat di dalam video acah tersebut iaitu Rhys.

Seperti biasa, kami akan mengemaskini sebarang informasi lanjut berkenaannya setelah Gearbox Software berkongsinya kelak.

Sohor Kini