Bagi anda yang memiliki Playstation 4, pastikan anda memuat-turun kemaskini sistem operasi baharu buat konsol tersebut dengan kemaskini 6.51.

Melalui kemaskini bersaiz 463.8MB tersebut, Sony menyatakan kemaskini itu hanyalah membaiki sistem dan menaik-taraf prestasi Playstation 4 sahaja. Dari segi kemaskini lain, Sony tidak memberi sebarang kenyataan tambahan di dalam senarai kemaskininya.
Namun, bagi anda yang terlepas dengan kemaskini sebelum ini, melalui kemaskini 6.50, konsol Playstation 4 kini menyokong fungsi Remote Play bersama peranti iOS. Sekaligus ianya membenarkan pemain untuk menstrim permainan Playstation 4 di peranti Apple.
Pastikan anda memuat-turun kemaskini baharu buat sistem operasi Playstation 4, untuk mendapat kemaskini terkini buat konsol tersebut.