Informasi Permainan Video Terkini
Sony Mengumumkan Kaz Hirai Akan Bersara Sebagai Pengerusi Pada 18 Jun 2019

Sony Mengumumkan Kaz Hirai Akan Bersara Sebagai Pengerusi Pada 18 Jun 2019

Diterbitkan pada Mac 28, 2019 oleh .

Pada Februari tahun lepas, Kaz Hirai mengumumkan yang beliau beralih daripada jawatan beliau sebagai CEO dan menjadi Pengerusi bagi Sony. Lebih setahun kemudian, Sony mengumumkan yang Kaz Hirai bakal bersara sebagai pengerusi pada 18 Jun 2019. Namun, atas permintaan Sony, beliau akan terus memberikan nasihat sebagai penasihat kanan.

Mengenai persaraan tersebut, Kaz Hirai mengatakan beliau yakin yang Sony dalam keadaan yang baik dibawah kepimpinan Kenichiro Yoshida dan akan mendapat kejayaan yang lebih baik di masa hadapan.

Sony di bawah beliau telah menstruktur kembali sejumlah operasi dan perniagaan yang kurang menguntungkan, termasuk menjual perniagaan Vaio PC, lebih memfokuskan perniagaan PlayStation, selain turut memfokuskan kepada kecerdasan buatan, pengeluaran komponen dan sebagainya.


TIPS & ULASAN