Informasi Permainan Video Terkini
Daedalic Entertainment Umum Permainan The Lord Of The Rings: Gollum
PC

Daedalic Entertainment Umum Permainan The Lord Of The Rings: Gollum

Diterbitkan pada Mac 28, 2019 oleh .

Bagi anda yang meminati siri filem The Lord Of The Rings ataupun novelnya sendiri, anda pasti mengetahui berkenaan watak Gollum yang sering menjadi meme di internet.

Terkini, Daedalic Entertainment mengumumkan bahawa mereka kini sedang membangunkan permainan berdasarkan watak tersebut iaitu permainan pengembaraan, The Lord Of The Rings: Gollum. Menurut mereka, permainan tersebut akan dilancarkan pada tahun 2021 ini di PC dan juga di konsol.

Buat masa ini, tidak banyak informasi yang diumumkan selain daripada pengumuman di atas. namun apa yang pasti, Daedalic Entertainment menyatakan bahawa mereka akan membangunkan permainan dengan visi asal novel J.R.R Tolkien di mana mereka akan terokai saat dan pengembaraan watak Gollum tersebut.

Sememangnya ini merupakan sesuatu yang menarik terutamanya buat mereka yang meminati siri The Lord Of The Rings ini. Kami di Aksiz juga tidak sabar untuk melihat hasil karya Daedalic Entertainment kelak.


TIPS & ULASAN