Dengan bakal tibanya Tropico 6 hujung minggu ini, Kalypso Media hari ini berkongsi satu video khas yang mana mereka memperlihatkan ciri-ciri baharu buat permainan tersebut.
Melaluinya, Tropico 6 bakal menyertakan sebilangan kandungan baharu yang menurut pembangun, mereka menghasilkan permainan ini dari awal dan bukan mengembangkan permainan Tropico sebelum ini sahaja. Dengan enjin permainan baharu, mereka berjaya untuk membawa satu pengalaman baharu buat pemain melalui Tropico 6 ini.
Perkara pertama yang diubah oleh mereka adalah visual permainan ini yang memfokuskan visual grafik yang lebih nyata dan tidak lagi berunsurkan kartun. Selain itu, Tropico 6 juga akan menyertakan lebih dari 150 jenis bangunan dengan variasi sehingga 4 jenis rekaan berlainan.
Selain itu, dengan bentuk kepulauan yang pelbagai, permainan ini juga akan menyertakan pelbagai jenis bentuk kenderaan dimana pemain boleh hasilkan jambatan, terowong dan sebagainya. Selain itu, pemain juga berupaya untuk mengubah suai avatar El Presidente dan bangunan istana beliau.
Antara ciri-ciri terbesar baharu buat Tropico 6 adalah fungsi serbuan baharu yang pemain boleh lakukan untuk mencuri teknologi-teknologi negara lain dan pada masa yang sama menghasilkan bentuk permainan yang lebih mendalam untuk pemain memerintah di dalam permainan tersebut
Tropico 6 akan dilancarkan pada 29 Mac 2019 untuk PC. Manakal versi konsol bakal tiba sekitar tahun ini.