DotEmu sebelum mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan sekuel untuk siri trilogi Streets Of Rage iaitu Streets Of Rage 4. Terkini mereka memperlihatkan video acah khas yang memperlihatkan bentuk permainan tersebut.
Melalui video acah tersebut, DotEmu memperlihatkan watak Axel dan Blaze bertempur dengan pelbagai jenis kemahiran pertempuran baharu. Menariknya, visual permainan ini juga mempunyai visual lukisan tangan khas oleh Lizardcube, dimana mereka terkenal dengan hasil kualiti visual yang dilakukan buat permainan Wonder Boy: The Dragon’s Trap sebelum ini.
Buat masa ini, segala informasi lanjut berkenaan permainan tersebut masih belum dikongsikan termasuklah tarikh pelancaran dan platform konsol permainan. Kami pasti akan mengemaskininya setelah ia diumumkan kelak.