Marvelous hari ini megumumkan bahawa mereka akan membawa permainan Story Of Season ke peranti telefon pintar. Pengumuman ini dibuatkan hasil kerjasama mereka bersama Tencent.
Menurut laporan Gematsu, hak intelek Story Of Season akan diberi kepada Tencent untuk mereka membangun dan mengedarkan permainan Story of Season tersebut di peranti telefon pintar. Walaupun begitu, sebarang informasi lanjut berkenaannya masih belum diumumkan.
Bagi anda yang baru dengan siri Story Of Season, ianya adalah permainan simulasi berkebun oleh iaitu Marvelous di konsol Nintendo 3DS. Permainan tersebut sememangnya dibangunkan oleh pembangun asal Harvest Moon sebelum ini. Nama permainan tersebut ditukarkan kerana nama tersebut dimiliki oleh Natsume, manakala Story Of Season diterbitkan oleh XSeed Games.