Informasi Permainan Video Terkini
Telling Lies Menerima Video Acah Pertama – Melibatkan 4 Watak

Telling Lies Menerima Video Acah Pertama – Melibatkan 4 Watak

Diterbitkan pada Mac 28, 2019 oleh .

2 tahun lepas, kami melaporkan yang Sam Barlow iaitu pembangun untuk permainan Her Story bakal hadir dengan permainan baharu iaitu Telling Lies. Namun, selepas pengumuman tersebut tiada maklumat lanjut yang dikongsikan.

Hari ini, Annapurna Interactive akhirnya berkongsi video acah buat permainan tersebut. Ia masih mengekalkan elemen seperti Her Story di mana penceritaan boleh dilihat berdasarkan dialog ataupun kelakuan watak melalui rakaman video. Pemain boleh mencari video tertentu berdasarkan kata kunci.

Her Story hanya menggunakan satu watak, tampaknya untuk Telling Lies ia adalah berdasarkan 4 watak yang akan dilakonkan oleh Logan Marshall-Green, Alexandra Shipp, Kerry Bishé dan Angela Sarafyan.

Buat masa ini tiada maklumat mengenai platform yang permainan ini akan dikeluarkan akan tetapi ia akan tiba pada tahun ini.


TIPS & ULASAN