Skip to main content

Ingress adalah permua pertama realiti terimbuh pertama dari Niantic. Selepas kejayaan, Ingress mereka menghasilkan pula permua Pokemon Go yang sedia dikenali ramai. Kemudiannya, Craftar Studios dari Jepun hadir dengan siri anime yang diadaptasi dari permua ini – Ingress: The Animation.

Ingress: The Animation disiarkan di Jepun melalui Fuji TV, Kansai TV, Tokai TV, TNC, UHB dan BS Fuji. Netflix turut menerima lesen untuk menyiarkan siri anime di seluruh dunia. Pada awalnya, Ingress: The Animation dijangka akan hadir di Netflix serentak dengan siaran di Jepun – Oktober 2018. Tetapi sehingga hari ini, ia masih tidak dapat ditonton. Terkini, Ingress tekah mengicau di Twitter mengumumkan siri anime ini akan hadir di Netflix secara rasminya pada 30 April kelak.

Jalan cerita Ingress: The Animation mengambil elemen asal permua, di mana di dunia terdapat satu tenaga trans-dimensi yang digelar Exotic Matter (XM). Kemudian terdapat dua puak yang mempunyai pendapat berbeza mengenai tenaga ini.

Untuk animasi, Craftar menambah satu watak – iaitu seorang inspektor yang mempunyai kuasa yang membolehkan beliau membaca memori daripada apa jua objek yang disentuh. Beliau kemudian tersentuh satu cincin yang dimiliki seorang mangsa daripada bencana yang berkaitan dengan eksperimen tenaga XM ini. Inspektor ini tadi, secara tidak langsung terus terlibat dengan satu konspirasi.

Leave a Reply