Informasi Permainan Video Terkini
DLC Campfire Cook Off Dan Pas Musim Diumumkan Buat Permainan Overcooked! 2

DLC Campfire Cook Off Dan Pas Musim Diumumkan Buat Permainan Overcooked! 2

Diterbitkan pada Mac 28, 2019 oleh .

Team 17 dan Ghost Town Games hari ini mengumumkan DLC seterusnya buat permainan Overcooked! 2 iaitu Campfire Cook Off dimana ianya adalah set DLC yang bertemakan masakan perkhemahan dan ia bakal tiba 18 April 2019.

Menurut pembangun, DLC ini akan menyertakan 12 peringkat baharu permainan dengan kawasan persekitaran baharu. Seperti DLC sebelum ini, melalui Campfire Cook Off, ianya juga akan menyertakan Chef baharu bersama resepi khas bertemakan perkhemahan. Selain itu, mekanik masakan baharu juga diperkenalkan khas melalui DLC ini.

Selain itu, Team17 juga mengumumkan pas musim khas yang mana ianya akan menyertakan DLC Campfire Cook Off dan dua lagi DLC lain yang bakal tiba.

Overcooked! 2 merupakan permainan parti masakan yang dilancarkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada tahun lepas. Bagi anda yang ingin membaca ulasan kami, anda boleh berbuat demikian di pautan dibawah.


TIPS & ULASAN