Larian Studios merupakan pembangun untuk permainan RPG kegemaran kami iaitu Divinity: Original Sin dan Divinity: Original Sin 2. Hari ini mereka mengumumkan permainan baharu buat siri Divinity iaitu Divinity: Fallen Heroes.

Menariknya, permainan ini mengambil sistem pertempuran daripada Divinity: Original Sin dan menerapkan bentuk permainan strategi berdasarkan permainan Dragon Commander. Melaluinya pemain harus melakukan pilihan yang akan mempunyai kesan yang berbeza. Ia boleh dimainkan secara berseorangan ataupun koperasi 2 pemain.

Permainan ini akan meneruskan penceritaan untuk Divinity: Original Sin 2 dan akan dikeluarkan untuk pelbagai platform pada tahun ini. Namun, tarikh dan platform masih tidak diumumkan.

Sohor Kini