Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Playstation Plus Bulan April 2019 Diumumkan – The Surge Dan What Remains of Edith Finch

Permainan Percuma Playstation Plus Bulan April 2019 Diumumkan – The Surge Dan What Remains of Edith Finch

Diterbitkan pada Mac 28, 2019 oleh .

Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan Playstation Plus bagi bulan April 2019 ini untuk pelanggan Malaysia.

Kali ini, Sony membawa 2 permainan untuk pelanggan Playstation Plus dimana ianya boleh dimuat-turun bermula 4 April 2019 sehingga 8 Mei 2019 ini. Permainan yang disertakan adalah:

  • The Surge (PS4)
  • What Remains Of Edith Finch (PS4)

Selain itu, Sony juga menyertakan tema khas Playstation 4 Toro khas dan juga permainan Shake That Controller yang mana tampaknya akan menjadi permainan percuma setiap bulan bermula Februari lepas.

Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan percuma Playtation Plus bagi bulan Mac anda boleh memuat-turunnya sehingga 3 April ini.


TIPS & ULASAN